Ciri-ciri stesen Stesen_LRT_Putra_Heights

Lokasi

Stesen ini terletak berhampiran persimpangan Persiaran Putra Indah dan Persimpangan Putra Permai. Di sebelah timur stesen adalah Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) manakala di sebelah barat stesen adalah Putra Point Commercial Centre. Juga terletak berhampiran stesen adalah Depoh LRT Kampung Kuala Sungai Baru, dan kawasan perumahan seperti Laman Putra, Putra Bahagia dan Putra Avenue.

Pelan stesen

L2
Platform
Platform sisi, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di sebelah sini
Landasan tidak digunakan
KJ Arah Utara Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Subang Alam)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
SP Arah Utara Laluan Sri Petaling menghala ke  SP1  Sentul Timur (Puchong Prima)
Landasan tidak digunakan
Platform sisi, tidak digunakan, pintu tren tidak dibuka di sebelah sini
L1Aras LegarMesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
GAras TanahPintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya dan Laluan Sri Petaling dan dua platform sisi yang tidak digunakan. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 452 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan Bas

Bas RapidKL laluan 752, T759, T760 dan E1 berkhidmat di stesen ini.